Skip to main content

Hiburan

Pelakon Zul Ariffin mengaku bersalah muat naik kandungan sumbang; didenda RM30,000

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Zul Ariffin mengaku bersalah muat naik kandungan sumbang; didenda RM30,000

(Gambar: @zul_ariffin/ Instagram)

Diterbitkan : 04 Oct 2022 12:46PM Dikemas Kini : 04 Oct 2022 12:51PM
SEPANG: Pelakon, Zul Ariffin mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan sumbang di akaun Instagram miliknya di Mahkamah Sesyen pada Selasa (4 Okt).

Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin membuat pengakuan tersebut dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noorhisham Mohd Jaafar, menurut agensi berita Kosmo!.

Zul sudahpun dikenakan denda sebanyak RM30,000 (S$9,230) oleh Mahkamah Sesyen pada Selasa kerana memuat naik klip video bersifat sumbang di akaun Instagram miliknya pada Mac lalu, lapor agensi berita Free Malaysia Today. 

Klip video ‘babak panas’ itu merupakan sebahagian daripada siri drama yang bertajuk “Perempuan Itu”, dijadual ditayangkan di televisyen sebelum ini pada April lalu.

Pelakon lelaki popular itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8.10 pagi.

Pelakon berusia 36 tahun itu dilihat tiba di pekarangan mahkamah lengkap bersut kelabu gelap dengan diiringi beberapa individu yang dipercayai merupakan peguam dan pengurusnya, lapor agensi berita Kosmo!.

Pendakwaan terhadap pelakon itu dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukan denda tidak lebih RM50,000 (S$15,400) atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita