Pelakon veteran Malaysia Jalil Hamid meninggal dunia
Pelakon veteran ternama di Malaysia, Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengah hari pada Isnin (4 Mei).
(Gambar: Utusan Melayu)
Berita duka pemergian seniman berusia 69 tahun itu disahkan anak Almarhum, Afiqah Jalil di akaun Instagram.
Menurut Afiqah, bapanya meninggal dunia selepas tertidur setelah menunaikan solat Subuh.
Afiqah menambah, Almarhum ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya ketika masuk ke bilik tidur sebelum disahkan meninggal dunia di rumah.
Dalam hantaran InstaStory juga, Afiqah berkata jenazah Almarhum bapanya akan disolatkan di Masjid Al Munawwarah,Shah Alam sebelum dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Almarhum mempunyai sejarah masalah jantung dan pernah menjalani rawatan berkala.
Almarhum merupakan antara seniman popular yang aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian sejak lebih empat dekad lalu.
Antara lakonan Almarhum yang meninggalkan kesan kepada para penonton ialah filem Bisik Pada Langit dan Wanita Bertudung Hitam.
Sementara drama-drama lakonan Almarhum sebelum ini pula ialah Cucu Atuk, Beca Usang dan Ayahanda.
Kecemerlangan bakat lakonan Almarhum juga melayakkan beliau meraih pelbagai pengiktirafan.
Almarhum juga pernah merakamkan lagu Ayam yang bersifat sindiran dan humor yang dirakamkan sekitar awal 1990-an.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.