Pelakon veteran Malaysia 'Cik Man' meninggal dunia pada usia 68 tahun
Pelakon veteran Malaysia Kamarool Yusoff, yang lebih dikenali sebagai Cik Man, meninggal dunia pada usia 68 tahun. (Gambar: Instagram/kamaroolkhy_)
Almarhum, atau nama sebenarnya Kamarozaman Yusoff, menghembuskan nafas terakhir pada sebelah petang di Hospital Tanah Merah, Kelantan.
Anaknya Ahmad Fakhrol Aliff Kamarozaman memberitahu media Malaysia bahawa Almarhum dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut dan belakang.
Menurut Encik Fakhrol, keadaan bapanya bertambah buruk sehingga keluarga membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata Almarhum pernah mengalami serangan jantung dua tahun lalu, namun keadaannya selepas itu baik.
Anak perempuan Almarhum, Nurul Najihah Kamarozaman, berkata jenazah bapanya akan dikebumikan di Kelantan pada Khamis (6 Ogos).
DIKENANG SEBAGAI LEGENDA PERFILEMAN MALAYSIA
Almarhum 'Cik Man' dikenali menerusi lakonannya dalam beberapa filem Melayu popular, termasuk 'Gila-Gila Remaja' pada 1986 dan 'Rock'.
Ucapan takziah turut disampaikan sebilangan selebriti dan tokoh awam Malaysia, termasuk pelawak Shuib Sepahtu, anggota kumpulan Senario, penyanyi dan pelakon Ara Johari serta Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil.
Encik Fahmi menyifatkan Almarhum sebagai legenda yang memberi kesan besar kepada industri perfileman Malaysia.
Menurutnya, Almarhum merupakan seorang tokoh yang sangat dihormati dalam industri lakonan dan dalam kalangan pencinta seni.
Beliau turut berkata legasi, sumbangan dan karya Almarhum akan terus dikenang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.