Pelakon veteran Mak Jah bersyukur mampu tanggung rawatan barah tanpa bantuan orang
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Mak Jah)
MALAYSIA: Pelakon veteran Mak Jah tidak pernah menyangka berkat menyimpan wang simpanan dapat membantu membiayai penyakit barah rahim yang dihadapinya sekitar 11 tahun lalu.
Menurut Mak Jah, atau Maimunah Ahmad, 75 tahun, selama ini dia tidak terfikir wang simpanan yang mahu digunakan untuk hari tua rupa-rupanya akan digunakan untuk rawatan barah.
Kata Mak Jah, dia bersyukur kerana dapat menanggung sendiri segala kos perubatan tanpa meminta bantuan orang lain.
"Dulu saya simpan duit kerana memikirkan untuk digunakan ketika hari tua tatapi tidak terfikir pula diuji dengan penyakit.
"Saya terfikir daripada saya meninggal dunia duit itu tidak digunakan sebaiknya, lebih baik saya guna untuk membiayai rawatan perubatan.
"Saya tidak minta bantuan sesiapa pun. Saya bersyukur dapat menguruskan semuanya dengan duit saya sendiri," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Mak Jah mendedahkan dia pernah menghidap barah rahim pada 2013 dan mengalami kemurungan selepas didiagnos penyakit tersebut.
"Pada waktu itu anak-anak saya bukanlah ada simpanan sangat. Jadi waktu itulah simpanan saya yang berjumlah puluhan ribu digunakan," ujarnya.
Pelakon drama 'Imam Instant Ustazah Scammer' itu sempat menitipkan pesan buat rakan-rakan artis untuk tidak boros berbelanja dan membuat simpanan wang.
Kata Mak Jah, sebelum bergelar pelakon lagi dia sudah mula membiasakan diri menyimpan wang ketika dirinya bekerja sebagai seorang jurusolek.
"Saya kena ingatkan kawan-kawan saya untuk menyimpan duit. Enjoy itu boleh tetapi jangan terlalu boros.
"Ketika badan kita masih sihat memang kita boleh mencari duit. Apabila semakin tua seperti saya umur sudah 75 tahun, makin tua ada pelbagai penyakit lagi banyak nak pakai duit.
"Macam saya dulu pernah bekerja sebagai jurusolek artis dan seterusnya menjadi pelakon, saya buat semua kerja dan Alhamdulillah kalau tak banyak pun saya tetap ada wang simpanan sendiri, katanya.
Menurut laporan mStar, Mak Jah sebelum ini mendedahkan bahawa dia sudah tidak mampu untuk menerima tawaran berlakon gara-gara kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Kata Mak Jah, kali terakhir dia terlibat dalam penggambaran drama adalah pada Ramadan tahun lalu.
Keadaan kakinya yang sudah tidak kuat membuatkan dirinya sukar
untuk bergerak.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.