Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon veteran Indonesia Rima Melati meninggal dunia pada usia 84 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon veteran Indonesia Rima Melati meninggal dunia pada usia 84 tahun

Gambar: Sumber Web

Diterbitkan : 24 Jun 2022 09:05AM Dikemas Kini : 24 Jun 2022 09:05AM
JAKARTA: (ANTARA) - Pelakon veteran Indonesia Rima Melati meninggal dunia pada Khamis (23 Jun) setelah beberapa hari dirawat di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Subroto, lapor media tempatan, ANTARA.
Beliau berusia 84 tahun.

Khabar duka itu disampaikan menantu Rima Melati, Marisa Tumbuan, melalui pesanan ringkat pada Khamis.

"Telah berpulang dengan tenang ke pangkuan Tuhan Yang Maha Esa, Ibu Rima Melati, ibunda/mertua terkasih dari Aditya Bimasakti dan Marisa Tumbuan, pada hari ini Khamis 23 Jun 2022 pada pukul 15.14 WIB di RSPAD Jakarta Pusat. Mohon doanya dan mohon dimaafkan semua kesalahan beliau. Tuhan memberkati kita semua. Amin," kata Marisa.

Mendiang sebelum ini mendapatkan rawatan intensif kerana mengalami penyakit yang sudah lama dideritanya.

Filem beliau berjudul "Intan Berduri" menjadi salah satu karya terbaik dan membuatnya dinobat pelakon wanita terbaik di Festival Film Indonesia 1973.

Mendiang meninggalkan dua orang anak Aditya Tumbuan dan Henneke Adinda Tumbuan.
Sumber : Agensi berita/SU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa