Pelakon veteran A Galak diiktiraf Anugerah Khas Sepanjang Zaman
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Hati kecil sesiapa sahaja yang menonton Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) pada Sabtu malam (8 Dis) pasti akan terusik apabila mendengar kenyataan jujur yang keluar dari mulut pelakon veteran A Galak.
Menurut A Galak, Anugerah Khas Sepanjang Zaman yang diberikan kepada beliau oleh penganjur FFM33 iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) merupakan yang pertama diraihnya sepanjang 60 tahun menjadi anak wayang.
"Ini anugerah pertama selepas 60 tahun sejak mula berlakon di Studio Jalan Ampas," kata seniman berusia 84 tahun itu, pada Sabtu malam, dipetik daripada agensi berita Astro Awani.
Perjalanan seni yang panjang dilalui aktor berjiwa besar itu bukan calang-calang.
A Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad rupa-rupanya memulakan kerjaya seninya ketika era kegemilangan Allahyarham P Ramlee lagi.
Justeru, kata beliau, ramai yang hairan kenapa beliau yang juga dikenali sebagai 'Sarjan Misai' ini mengenali ramai pelakon di Shaw Brothers.
"Saya mula berkerja ketika berusia 19 tahun sampai studio itu ditutup pada 1967. Kemudian, saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan berlakon di sini,” kongsi beliau lagi, lapor Astro Awani.
Selain masyhur dalam puluhan filem lakonannya seperti 'Azura', 'Darah Satria' dan 'Bayangan Maut', A Galak juga merupakan nama yang sangat sinonim dengan karya-karya terbitan Skop Productions Sdn Bhd yang diasaskan oleh pengarah dan penerbit Yusof Haslam.
Kata A Galak, bersama Skop Productions sahaja, beliau sudah berlakon dalam lebih 1,000 episod drama kepolisan terbitan syarikat itu selama 40 tahun.
"Dengan Skop Productions saja saya dah terbabit lebih dari 1,000 episod drama TV khususnya kepolisan dan juga beberapa filem di bawah arahan Yusof Haslam.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada semua orang yang memberi peluang kepada saya. Budi kalian akan saya kenang sehingga akhir hayat," kata beliau semasa berucap selepas menerima anugerah itu daripada Yusof yang disifatkan sebaga sahabat karibnya.
Sementara itu, filem arahan Nik Amir Mustapha, Imaginur, melakar sejarah di FFM33 apabila dinobat sebagai Filem Terbaik pada majlis yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri itu.
Filem terbitan Lumatic Films Sdn Bhd itu turut unggul dengan membawa pulang enam lagi trofi FFM33 iaitu Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Beto Kusyairy), Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik (Johan Arif Mazlan), Lagu Tema Terbaik (Hasrat oleh Amir Jahari) dan Penataan Seni Terbaik (Rabbani Sujak)
Kejayaan besar itu menyaksikan penerbitnya membawa pulang trofi serta hadiah Utama Dana Kandungan Kreatif bernilai RM500,000 (S$151,700) yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Mohamad Fauzi Md Isa.
Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Kamil Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas Azmir Saifuddin Mutalib.
Mengekori rapat Imaginur dalam persaingan trofi ialah filem Abang Adik yang merangkul lima anugerah iaitu Tatarias Terbaik (Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin, dan Kua Goh Yoke Eng), Busana Terbaik (Elaine Ng), Pengarah Harapan (Jin Ong), Lakon Layar Terbaik (Jin Ong) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Jack Tan).
Trofi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menjadi milik Susan Lankester menerusi filem Rain Town manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik diraih Elizabeth Tan melalui filem Sheriff.
Berikut ialah senarai penuh pemenang FFM33:
• Filem Terbaik: Imaginur
• Pengarah Terbaik: Nik Amir Mustapha (Imaginur)
• Pelakon Lelaki Terbaik: Beto Kusyairy (Imaginur)
• Pelakon Wanita Terbaik: Susan Lankester (Rain Town)
• Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Jack Tan (Abang Adik)
• Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elizabeth Tan (Sheriff)
• Lakon Layar Terbaik: Jin Ong (Abang Adik)
• Cerita Asal Terbaik: Redza Minhat dan Nik Amir Mustapha (Imaginur)
• Anugerah Khas Sepanjang Zaman: A. Galak
• Anugerah Khas Karyawan: Indra Che Muda
• Anugerah Khas Juri 1: Sly Entertaiment Sdn Bhd, Naam Katra Isai (Muzik Kami Pelajari)
• Anugerah Khas Juri 2: Kalamariff Sdn Bhd (Duan Nago Bogho)
• Pengarah Harapan: Jin Ong (Abang Adik)
• Pelakon Lelaki Harapan: Aniq Durar (Pagari Bulan)
• Pelakon Wanita Harapan: Trisha Ooi (Janna Endoro)
• Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Qisya Hairulzain (Magik)
• Penyunting Terbaik: Johan Arif Mazlan (Imaginur)
• Sinematografi Terbaik: Rahimi Maidin (Sheriff)
• Lagu Tema Terbaik: Hasrat, Amir Jahari (Imaginur)
• Skor Muzik Asal Terbaik: Jackey Yow (Malbat Misi Bakara)
• Penataan Bunyi Terbaik: Nizam Razak (Mechamato Movie)
• Penataan Seni Terbaik: Imaginur (Rabbani Sujak)
• Rekaan Busana Terbaik: Elaine Ng (Abang Adik)
• Tatarias Terbaik: Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin dan Kua Goh Yoke Eng (Abang Adik)
• Dokumentari Terbaik: Pekik, Stereo Pixels Sdn Bhd
• Filem Pendek Terbaik: The Missing Trophy, Wayang Works Sdn Bhd
• Kesan Khas Visual Terbaik: Vipers Studio Sdn Bhd (Sheriff)
• Poster Terbaik: Layar Pictures Sdn Bhd (Walid)
• Anugerah Khas Filem Box Office: Skop Production Sdn Bhd dan Astro Shaw Sdn Bhd (Sheriff)

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.