Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon utama 'Squid Game' Lee Jung-jae cipta sejarah di Anugerah Emmy

Anggaran Waktu Membaca:
 Pelakon utama 'Squid Game' Lee Jung-jae cipta sejarah di Anugerah Emmy

Gambar: Frederic J. Brown / AFP - Getty Images

LOS ANGELES: Pelakon Korea Selatan, Lee Jung-jae, 50 tahun, mengukir sejarah menjadi pelakon luar negara pertama untuk memenangi Pelakon Lelaki Utama Terbaik Dalam Drama Bersiri di Anugerah Emmy 2022 yang berlangsung di Microsoft Theater pada Selasa (13 Sep).

Meskipun kemenangannya menerusi Squid Game itu sudah dijangka ramai, saingannya dalam kategori tersebut sangat sengit. Mereka termasuk Jason Bateman menerusi siri Ozark, Brian Cox dan Jeremy Strong (Successio) serta Adam Scott (Severance), lapor HM Online.

Dalam ucapannya, Jung-jae berterima kasih kepada pengarah serta pencipta Squid Game, Hwang Dong-hyuk, kerana menghidupkan drama itu dengan begitu luar biasa.

"Terima kasih kepada pengarah yang berjaya memaparkan masalah hidup realistik yang kita semua hadapi, menjadi lebih hidup dengan begitu kreatif di layar, selain skrip serta visual luar biasa," katanya.

Bukan setakat Lee, Squid Game turut cemerlang apabila Hwang dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Siri Drama di anugerah berprestij itu, lapor HM Online.

Pengarah itu tampil ke pentas untuk memberi ucapan tanpa diiringi penterjemah bahasa dan berucap sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Drama Succession ciptaan Jesse Armstrong dinobatkan sebagai Siri Drama Terbaik, Ted Lasso (Siri Komedi Terbaik), The White Lotus (Siri Pendek Terbaik), manakala Penulisan Terbaik Dalam Siri Drama turut dimenangi Jesse Armstrong menerusi Succession.

Acara penyampaian anugerah itu kali ini menampilkan Kenan Thompson selaku pengacara utama.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan