Skip to main content

Hiburan

Pelakon TV India meninggal dunia di set penggambaran

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Pelakon televisyen (TV) India, Tunisha Sharma ditemukan meninggal dunia di set penggambaran siri lakonannya dekat Vasai, Palghar pada Sabtu (24 Dis).

Ketika kejadian, Tunisha, 20 tahun, pergi ke tandas dan tidak kembali ke set dalam masa yang lama.

Beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas pintu tandas dipecahkan dan jasadnya ditemui tidak bernyawa.

Inspektor Kanan Kailash Barve dari Balai Polis Valiv memberitahu media India bahawa jasad Tunisha kemudian dikejarkan ke hospital untuk disahkan kematiannya, lapor agensi berita India seperti yang dipetik Harian Metro.

Inspektor Kailash dilaporkan berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu daripada semua sudut termasuk jenayah pembunuhan.

Terdahulu, pada hari sama, Tunisha memuat naik video di Instagram (IG) Story memaparkan dia sedang berada di set penggambaran itu.

Tinjauan Harian Metro ke IG menyaksikan gambar terakhir yang dimuat naik Tunisha dengan kenyataan mengenai sikap tidak pernah berputus asa.

"Mereka yang dipacu oleh minat tidak akan pernah berhenti," tulisnya.

Ruangan komen hantaran terakhir itu menyaksikan luahan rasa kesedihan serta terkejut dalam kalangan pengikut dan peminat pelakon itu.

Tunisha memulakan kerjaya lakonan menerusi Bharat Ka Veer Putra - Maharana Pratap dan kemudian muncul dalam beberapa karya antaranya Chakravartin Ashoka Samrat; Gabbar Poonchwala; Sher-e-Punjab : Maharaja Ranjit Singh; Internet Wala Love dan Ishq Subhan Allah.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita