Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon suara Lord Zedd dalam siri Power Rangers meninggal dunia

Robert Axelrod, pelakon yang menyumbang suara kepada watak Lord Zedd dan Finster dalam siri televisyen 1990-an Mighty Morphin Power Rangers, meninggal dunia pada Sabtu (7 Sep) pada usia 70 tahun. Ejen mendiang mengesahkan berita itu di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon suara Lord Zedd dalam siri Power Rangers meninggal dunia

(Gambar: Facebook/LordAxelrod)

Diterbitkan : 09 Sep 2019 02:50PM Dikemas Kini : 09 Sep 2019 02:58PM

AMERIKA SYARIKAT: Robert Axelrod, pelakon yang menyumbang suara kepada watak Lord Zedd dan Finster dalam siri televisyen 1990-an Mighty Morphin Power Rangers, meninggal dunia pada Sabtu (7 Sep) pada usia 70 tahun. Ejen mendiang mengesahkan berita itu di media sosial.

Dalam kenyataan yang dimuat naik ke laman Twitter, ejen Axelrod menulis "Robert gemar bertemu dengan para peminatnya dan menggalak mereka supaya mengejar minat masing-masing. Jiwanya yang indah dan baik tidak akan dilupakan dan kami berbesar hati beliau akan dikenang oleh mereka yang mendapat inspirasi daripadanya."

Axelrod terkenal melalui suara watak Finster dalam Musim 1 dan watak jahat Lord Zedd dalam Musim 2 dan 3 bagi rancangan itu, yang disiarkan dari 1993 hingga 1996. Beliau juga menyumbang suara bagi watak yang sama dalam adaptasi filem yang diterbitkan pada 1995.

Selain siri adi wira popular itu, Axelrod juga menyumbang suara kepada lebih 150 watak termasuk Armadillomon dan Wizardmon dalam siri Digimon dan watak Movor dalam siri Transformers pada 2000.

Menurut ejennya lagi, Axelrod juga adalah seorang pemain gitar pada awal 1970-an sebelum menceburi bidang bakat suara pada awal 1980-an.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan