Pelakon suara Doraemon Nobuyo Oyama meninggal dunia pada usia 90 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

Nobuyo Oyama, pelakon suara Doraemon. (Gambar: Kyodo News melalui AP)
TOKYO: Nobuyo Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular "Doraemon" meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat (11 Okt), lapor Agensi Berita Kyodo.
Berasal dari Tokyo, Oyama memulakan kerjaya cemerlang sebagai pelakon suara selepas menamatkan pengajian dari sekolah lakonan Haiyuza. Doraemon, yang disuarakannya selama lebih suku abad, menjadi karakter ikonik yang disayangi oleh kanak-kanak.
Beliau meninggal dunia atas sebab semula jadi pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo, menurut agensinya.
Selain berjuang melawan barah kolorektal dan pernah mengalami angin ahmar, Oyama mendedahkan pada 2015 bahawa beliau juga berhadapan dengan masalah demensia.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.