Pelakon suara Darth Vader, James Earl Jones, mati pada usia 93 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Pelakon Amerika Syarikat, James Earl Jones, yang berjaya mengatasi masalah gagap ketika usia mudanya sehingga akhirnya memiliki suara yang jelas dan lantang, yang begitu dikenali seluruh dunia sebagai watak Darth Vader, meninggal dunia pada Isnin (8 Sep) pada usia 93 tahun, kata ejennya.
Jones, yang sudah lama menghidap kencing manis, meninggal dunia di rumahnya dikelilingi anggota keluarga, kata ejennya Barry McPherson. Punca kematiannya tidak dinyatakan.
Jones mempunyai kehadiran fizikal yang amat menyerlah di pentas dan televisyen, serta di dalam filem. Jika tidak sekalipun, beliau tetap akan menjadi bintang meskipun wajahnya tidak pernah dilihat. Ini kerana suara emasnya itu mempunyai kerjaya yang tersendiri.
Gema suara beliau sentiasa menarik perhatian dan membuat orang lain menghormatinya, seperti watak Mufasa dalam The Lion King dan banyak watak lain dalam Shakespeare. Suara beliau juga boleh menimbulkan rasa takut apabila membawa watak sebagai Vader dalam filem Star Wars.
Jones berkata beliau tidak memperoleh banyak wang daripada memainkan watak Darth Vader, hanya AS$9,000 (S$6,890) untuk filem pertama, dan beliau menganggapnya sebagai pekerjaan bagi mewujudkan kesan khas pada satu-satu filem. Jones juga tidak meminta untuk disertakan di dalam senarai nama pihak yang terlibat bagi dua filem pertama Star Wars.
Antara anugerah diterimanya termasuk Anugerah Tonys bagi filem The Great White Hope pada 1969 dan Fences pada 1987, serta Anugerah Emmy pada 1991 bagi filem Gabriel's Fira dan Heat Wave. Beliau juga memenangi Anugerah Emmy bagi album tutur kata terbaik, Great American Documents, pada tahun 1977.
Walaupun beliau tidak pernah memenangi anugerah Akademi kompetitif, Jones dicalonkan dalam kategori Pelakon Terbaik bagi filem The Great Hope dan dianugerahi Oscar kehormat pada 2011.
Jones memulakan kerjaya filemnya dengan memain watak Leftenan Luther Zogg dalam filem klasik Stanley Kubrick 1964 Dr Strangelove atau: How I Learned to Stop Worrying and Love the Bomb pada 1964.
Watak dalam filem terkenal lain termasuk sebagai penulis novel Terence Mann dalam filem "Field of Dreams" pada 1989 dan Pendeta Afrika Selatan Stephen Kumalo dalam Cry, the Beloved Country pada 1995.
Beliau juga membintangi watak dalam filem Conan the Barbarian, Coming to America, The Sandlot, Matewan, The Hunt for Red October dan Field of Dreams, antara lain.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.