Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Star Wars & Harry Potter, Paul Grant meninggal dunia pada usia 56 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Pelakon yang membintangi filem Star Wars dan Harry Potter, Paul Grant, meninggal dunia pada usia 56 tahun setelah ditemui rebah di luar sebuah stesen kereta api.

Grant ditemui di luar stesen King's Cross di utara London pada petang Khamis (16 Mac), lapor The Guardian.

Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 3.49 pagi pada Isnin (20 Mac), tetapi diisytiharkan mati otak sebelum itu, selepas beliau rebah. Punca kematiannya bagaimanapun tidak didedahkan.

Grant yang melakonkan watak Ewok dalam filem 'Return of the Jedi' dan sebagai 'goblin' dalam 'Harry Potter and the Philosopher's Stone', berlakon sebagai salah satu anggota Goblin Corps dalam filem klasik yang diterbitkan pada 1986, 'Labyrinth', bersama David Bowie dan Jennifer Connelly.

Beliau turut beraksi dalam filem-filem lain seperti 'Legend' bersama Tom Cruise pada 1985 dan 'Willow' pada 1988.

Anak perempuan Grant, Sophie Jayne Grant, mengesahkan kematian bapanya kepada Sky News.

Grant meninggalkan teman wanitanya Maria Dwyer, dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki, serta anak tiri dan cucunya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan