Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon SG Atikah Suhaime sah bergelar isteri ahli perniagaan Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon SG Atikah Suhaime sah bergelar isteri ahli perniagaan Malaysia

(Gambar: kosmo_online/Instagram)

KUALA LUMPUR: Pelakon berasal dari Singapura, Atikah Suhaime, 33 tahun, sah bergelar isteri ahli perniagaan, Lokman Teh, 35 tahun, dengan sekali lafaz pada majlis tertutup, kira-kira jam 8.45 malam pada Ahad (21 Jan).

Pasangan itu dinikahkan bapa Atikah, iaitu Mohd Suhaime Mohd Jamali. Lokman menyerahkan mas kahwin bernilai RM300(S$85). Namun, wang hantaran dirahsiakan.

Difahamkan, majlis pernikahan itu hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat, dipetik daripada agensi berita BH Online.

Selain itu, pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Menurut laporan BH Online, hubungan cinta Atikah dengan Lokman diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak berkenalan pada 2019.

Bulan lalu, Atikah mengumumkan bertunang dengan Lokman melalui Instagram. Atikah turut memuat naik foto hadir ke kursus perkahwinan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan