Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon 'Saving Private Ryan' Tom Sizemore meninggal dunia setelah berjuang lawan aneurisme otak

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon 'Saving Private Ryan' Tom Sizemore meninggal dunia setelah berjuang lawan aneurisme otak

(Tangkapan skrin: Saving Private Ryan)

DETROIT: Pelakon filem Hollywood Tom Sizemore, yang dikenali bagi wataknya dalam "Saving Private Ryan", meninggal dunia pada Jumaat (3 Mac) pada usia 61 tahun.

Pelakon tersebut difahamkan mengalami aneurisme otak di rumahnya pada 18 Februari lalu sebelum jatuh pengsan. Beliau meninggal dunia dalam tidurnya pada Jumaat di sebuah hospital di Burbank, California, kata pengerusnya, Charles Lago.
Sizemore muncul sebagai bintang layar perak dengan penampilannya dalam filem 'Natural Born Killers' dan filem 'Heat' yang bergenre jenayah seram.

Kebanyakan penampilan Sizemore dalam filem-filem yang dibintanginya pada hujung kerjayanya lebih cenderung kepada genre cereka sains, seram atau aksi.

Malah pada tahun tahun lalu sahaja, beliau membintangi filem-filem seperti 'Impuratus', 'Night Of The Tommyknockers' dan 'Vampfather'. Sungguhpun demikian, Sizemore masih berjaya memegang beberapa peranan penting - termasuk dalam siri drama televisyen 'Twin Peaks' - dan membuat beberapa penampilan sebagai pelakon jemputan dalam siri televisyen 'Entourage' serta 'Hawaii Five-O'.

Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan bakat suara bagi permainan video 'Grand Theft Auto: Vice City' pada 2002.

Pelakon itu mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan pelanggaran undang-undang.

Satu siri dokumentari pada 2007, bertajuk "Shooting Sizemore," mengisahkan usahanya untuk mengubah kehidupan selepas disabit bersalah melakukan keganasan rumah tangga terhadap bekas teman wanitanya.
Sumber : AP/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan