Pelakon Robert Blake meninggal dunia pada usia 89 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
LOS ANGELES: Pelakon Robert Blake yang membintangi drama TV 1970-an Baretta dan filem In Cold Blood meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Demikian lapor CBS News pada Khamis (9 Mac).
Blake meninggal dunia di rumahnya di Los Angeles, di samping keluarga, menurut kenyataan yang diberikan kepada CBS dan agensi berita lain oleh anak saudara perempuannya Noreen Austin.
Blake dibebaskan pada tahun 2005 daripada tuduhan membunuh isterinya Bonnie Lee Bakley. Beberapa bulan selepas keputusan kes jenayah itu, anak-anak Bakley memfailkan saman sivil terhadap pelakon tersebut dan menang keputusan bahawa Blake bertanggungjawab ke atas kematian ibu mereka.
Blake dilahirkan pada 18 September 1933, di Nutley, New Jersey, sebagai Michael James Gubitosi. Beliau dan dua adik beradiknya adalah sebahagian daripada watak vaudeville yang dikenali sebagai "The Three Little Hillbillies" sehingga keluarganya itu berpindah ke California, lapor CBS News.
Beliau mula muncul sebagai Mickey pada tahun-tahun terakhir siri filem pendek Little Rascals pada tahun 1939.

Sumber : Reuters/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.