Pelakon Rita Rudaini dedah punca anak sulung patah tangan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: ritrud727/ Instagram)
KUALA LUMPUR: Selepas menimbulkan tanda tanya, pelakon Rita Rudaini akhirnya mendedahkan punca anak sulungnya, Airit Rayyan, patah tangan sebelah kanan yang dikongsikan sebelum ini.
Rita memberitahu anaknya patah tangan akibat dibentes ketika bermain bola di sekolah dalam sebuah insiden yang berlaku pada minggu lalu sebelum menerima rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.
“Main bola kena tackle (bentes), patah tangan. Insya-Allah boleh main lagi, bukan patah kaki," katanya, dipetik daripada Astro Gempak.
Pelakon 'Mami Jarum' itu berkongsi perkara berkenaan dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Rita juga sempat berseloroh kepada anaknya dengan mengatakan dia masih lagi boleh bermain bola sepak sama seperti saudara terdekat yang pernah mengalami kecederaan ketika bermain bola sepak.
“Mommy (Rita) cakap kat dia ‘Ryan…uncle Yus, uncel Gee, Pak Teh Amran, Pak Tam Jad main bola jatuh berguling kena tackle tapi tak ada patah tangan.
“Dia jawab ‘macam mana dorang buat?’ (Rita gelak) Tu nanti Ryan jumpa dan bertanyalah,”seloroh pelakon berkenaan, lapor Astro Gempak.
Dalam hantaran yang sama juga, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar berterima kasih kepada barisan perubatan yang membantu anaknya sepanjang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Rita juga sempat memberi kata-kata semangat kepada Rayyan agar lekas sembuh supaya dapat segera kembali ke sekolah dan bermain bola sepak.
“Cepat baik ya, nanti boleh pergi ke sekolah dan main bola lagi,” tulisnya.
Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, pada 2008, namun mereka bercerai pada September 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.