Pelakon Rashidi Ishak akhiri zaman duda
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/Mas Hashim
KUALA LUMPUR: Dalam diam, pelakon Rashidi Ishak difahamkan selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah sebuah drama popular iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Berita gembira itu disahkan oleh jurusolek untuk drama dan filem iaitu Mas Hashim menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis (2 Feb).
Pada perkongsian itu, Mas Hashim memuat naik foto Rashidi yang memakai baju Melayu putih manakala Wan Hasliza pula tampil ayu dengan baju kebaya serba putih juga.
“Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa,” tulisnya, lapor Astro Gempak.
Bagaimanapun usaha Astro Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Rashidi gagal apabila aktor tersebut tidak menjawab telefon dan membalas mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut Astro Awani, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.
Namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun musnah apabila mereka memutuskan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.