Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Rajinikanth akan dibenar keluar hospital susuli prosedur jantung

Anggaran Waktu Membaca:
CHENNAI: Bintang India Rajinikanth dilaporkan akan dibenarkan keluar hospital dari Hospital Apollo di Chennai, India pada Jumaat (4 Okt) menyusuli prosedur perubatan bagi jantung.

Pelakon berusia 73 tahun itu dimasukkan ke hospital pada Isnin malam selepas beliau mengadu sakit perut yang teruk.

Dalam buletin yang dimuat naik pada Selasa, pengarah perkhidmatan perubatan Hospital Apollo Dr RK Venkatasalam memberi jaminan kepada peminatnya bahawa Rajinikanth kini "stabil" dan "sedang dalam keadaan baik".

Beliau menulis: "[Rajinikanth] mempunyai bengkak dalam pembuluh darah utama sekali gus menyebabkan jantungnya, yang dirawat menggunakan kaedah pembedahan dan transkatheter.

Pakar jantung intervensi kanan Dr Sai Satish meletakkan tiub logam (stent) dalam aorta dan benar-benar menutup bengkak itu."

Rajinikanth dijangka keluar hospital pada Khamis. Bagaimanapun, ia dilengahkan atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.

Dilahirkan dengan nama Shivaji Rao Gaikwad, Rajinimanth adalah salah seorang pelakon yang paling diraikan di India, membintangi lebih 170 filem sepanjang lima dekad.

Digelar "Superstar Rajinikanth" oleh peminat tegarnya, beliau diberikan anugerah tertinggi India dalam dunia perfileman, Anugerah Dadasaheb Phalke, pada 2019 atas sumbangannya kepada industri.

Filem seterusnya Vettaiyan akan ditayangkan pada 10 Oktober dan menyaksikan gandingan beliau dengan legenda Amitabh Bachchan dalam kemunculan pertama artis Bollywood itu dalam filem Tamil.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan