Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Raja Ilya selamat lahirkan bayi perempuan

Pelakon Raja Ilya selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan Australia pada Jumaat (1 Jul), lapor mStar.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Raja Ilya selamat lahirkan bayi perempuan

Raja Ilya dan suaminya Trent Garrett menyambut kelahiran anak perempuan mereka, Talita Love Garrett. (Gambar: Talita Love Garrett/Instagram)

PERTH: Pelakon Raja Ilya selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan Australia pada Jumaat (1 Jul), lapor mStar.

Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raha Mohammad, 37 tahun, juga mendedahkan nama anak perempuannya itu.

"Syukur bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love," kata beliau, seperti dipetik mStar.

Beliau juga menzahirkan rasa tidak percaya kini sudah bergelar ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suami Trent Garret.

Pelakon yang kini menetap di Perth, Australia juga berkongsi bakal membawa anaknya itu pulang ke Malaysia tahun hadapan.

"Saya menangis menyambut kelahiran anak kami. Masih rasa terkejut bergelar ibu.

"Tidak sabar rasanya hendak balik Malaysia bersama bayi kami tahun hadapan," ujar beliau dalam laporan mStar.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan