Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon 'Power Rangers' Jason David Frank meninggal dunia pada usia 49 tahun

Pelakon Jason David Frank yang membawakan watak 'Green Ranger' dalam rancangan adiwira 'Power Rangers', meninggal dunia pada usia 49 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon 'Power Rangers' Jason David Frank meninggal dunia pada usia 49 tahun

(Gambar: Facebook/JASON DAVID FRANK - Official Fan Page)

Diterbitkan : 21 Nov 2022 09:36AM Dikemas Kini : 21 Nov 2022 09:36AM

NEW YORK: Pelakon Jason David Frank yang membawakan watak 'Green Ranger' dalam rancangan adiwira 'Power Rangers', meninggal dunia pada usia 49 tahun.

Laman hiburan TMZ melaporkan kematiannya pada Ahad (20 Nov), sambil menukil wakil beliau Justine Hunt.

"Mohon hormati privasi keluarga dan teman-teman mendiang pada masa sukar ini sedang kami berkabung pemergian beliau," katanya.

"Beliau amat disayangi oleh keluarga, teman-teman dan  peminatnya. Beliau akan dirindui oleh kami semua."

Tiada punca kematian yang dilaporkan.

Selain membawakan watak 'Green Ranger' sebagai sebahagian daripada kumpulan 'Mighty Morphin Power Rangers', mendiang turut memainkan watak sebagai 'White Ranger', 'Red Zeo Ranger', 'Red Turbo Ranger' dan 'Black Dino Ranger'.

Sumber : AFP/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa