Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon & pelawak tersohor Hamid Gurkha meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon & pelawak tersohor Hamid Gurkha meninggal dunia

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 14 Jun 2022 05:26PM Dikemas Kini : 14 Jun 2022 06:22PM
SELANGOR: Pelakon legenda Hamid Gurkha menghembuskan nafasnya yang terakhir pada sekitar 2.00 petang pada Selasa (14 Jun) pada usia 90 tahun, lapor mStar.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) akibat penyakit TB (penyakit batuk kering) dan beberapa komplikasi lain, selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas disebabkan oleh batuk yang teruk.

Anak Allahyarham, Fendy memberitahu mStar: "Benar, bapa saya telah meninggal dunia sekitar pukul 2.00 petang tadi.

"Jenazah diuruskan oleh pihak hospital dan kami rancang untuk proses pengebumian petang ini.

"Terima kasih atas doa semua peminat buat arwah bapa saya selama ini. Semoga semua cerita baik arwah akan dikenang selepas ini."

Allahyarham Abdul Hamid Bin Abdul Rahman yang juga lebih mesra dengan gelaran Pak Hamid, mula aktif dalam bidang seni sekitar 1970-an dan terkenal menerusi filem-filem popular seperti Panglima Badol dan Jejaka Perasan.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Cik Timah Abdul Hamid pada 1957 dan dikurniakan lapan orang anak.

Dua daripada anak-anak mereka bagaimanapun meninggal dunia, lapor mStar.
Sumber : Agensi berita/IM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan