Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Noorkhiriah terlibat dalam kemalangan kecil semasa penggambaran drama 'Bosskid'

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pelakon Noorkhiriah, 45 tahun, mengalami kecederaan ketika penggambaran drama 'Bosskid' tidak menyalahkan pihak produksi, sebaliknya ia adalah kesalahannya akibat berdegil mahu melakukan adegan berkenaan.

Justeru, Noorkhiriah memohon agar pihak produksi tidak dipersalahkan susulan kemalangan kecil dialami sehingga menyebabkan kecederaan pada tangan.

"Alhamdulillah, tangan saya tidak patah, cuma tisu koyak dan mengalami lebam."

"Apa yang terjadi adalah kesalahan saya, bukan produksi. Jadi, jangan kecam produksi kerana mereka sudah mengingatkan saya dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin," katanya menerusi hantaran dimuat naik di akaun Instagramnya, dipetik daripada BH Online.

Sebelum ini, dalam insiden yang berlaku, motosikal ditunggang Noorkhiriah hilang kawalan sehingga merempuh kenderaan yang diletakkan di tepi jalan, Isnin (23 Jan).

Noorkhiriah berkata, kemalangan berlaku bukan disebabkan tidak mahir, sebaliknya pernah menunggang motosikal dalam drama 'Bedah Tong Gas', suatu ketika dahulu.

"Saya tidak mahu mengeluh kerana masih diberikan nyawa, itu paling penting. Sakit sikit-sikit."

"Selepas kejadian produksi menggesa saya mendapatkan rawatan susulan kerana bimbang keadaan menjadi lebih teruk."

"Sebenarnya, saya rasa seperti mahu pengsan akibat terkejut. Saya tak tahu hendak kata macam mana, tetapi Allah sudah jentik atas kedegilan saya," katanya, memetik daripada agensi berita BH Online.

Menurut laporan BH Online, Noorkhiriah bagaimanapun berterima kasih kepada peminat yang mendoakannya.

Malah, katanya, tidak marah kepada netizen yang ketawa selepas menonton rakaman video kerana insiden itu memang melucukan.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan