Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Nad Zainal Ingin bertemu Siti Hasmah untuk jiwai watak

Peluang yang diamanahkan untuk menghidupkan watak Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dalam filem biografi romantik, Hasmah - Bila Deh Bertemu Det tentunya tidak akan disia-siakan pelakon Malaysia, Nad Zainal.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Nad Zainal Ingin bertemu Siti Hasmah untuk jiwai watak

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 03:04PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 03:05PM

MALAYSIA: Peluang yang diamanahkan untuk menghidupkan watak Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dalam filem biografi romantik, Hasmah - Bila Deh Bertemu Det tentunya tidak akan disia-siakan pelakon Malaysia, Nad Zainal.

Dalam wawancara bersama mStar, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 29 tahun, berkata beliau sedaya upaya akan menjiwai sepenuh perwatakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad itu.

"InsyaAllah, saya akan berjumpa dengan Tun Siti dalam minggu ini juga."

"Dalam pertemuan itu nanti sudah tentu saya akan bertanya banyak perkara dan memerhatikan lenggok percakapan serta pergerakannya sebagai rujukan bagi lakonan saya nanti," kata Nad.

Nad akan bergandingan dengan pelakon Hasnul Rahmat yang melakonkan watak Dr Mahathir dalam filem itu.

Selain giat mengikuti kelas bermain biola, Nad juga banyak meluangkan masa dengan menonton video wawancara bersama Dr Siti Hasmah di Internet sebagai persediaan membawakan watak sebagai tokoh wanita itu.

"Saya biasanya akan tengok balik semua wawancara Tun Siti Hasmah dan tiru sebutir demi sebutir apa yang beliau ucapkan dalam video itu supaya saya jumpa nada suara yang sesuai."

"Saya akan berlatih di depan cermin sehinggalah satu tahap saya berpuas hati, saya akan beri suami saya dengar dan berikan komen," kata Nad.

Sesi penggambaran bagi filem itu akan bermula pada Mac depan selama 65 hari melibatkan beberapa lokasi seperti Perak, Kedah, Singapura, Jepun dan New York.

Filem itu dijangka ditayangkan pada akhir tahun 2020.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan