Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon M'sia Zul Huzaimy disiasat keluar kenyataan berbaur perkauman, ugutan

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon M'sia Zul Huzaimy disiasat keluar kenyataan berbaur perkauman, ugutan

Lambang Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menerima laporan polis berhubung penularan video pelakon Zul Huzaimy, yang disyaki mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan ugutan.

Setiausaha PDRM Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kes berkenaan kini dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan pada Isnin (14 Nov) malam.

Sebelum ini, pelakon berkenaan dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menyatakan hasratnya untuk menyembelih 'khafir harbi' di Malaysia, menerusi penularan satu video selama dua minit 20 saat, semasa dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan