Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon M'sia Rita Rudaini minta PM Anwar dengar 'kesengsaraan rakyat'; tolak ambil dos penggalak

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Sejak kebelakangan ini, pelakon Rita Rudaini kerap berkongsi pandangan mengenai isu dos penggalak vaksin COVID-19 susulan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Cik Rita, 46 tahun, menyatakan sekiranya dos penggalak bukan suatu yang diwajibkan, seeloknya ditolak daripada mengambilnya.

Malah, pelakon tersebut turut menasihati orang ramai agar berfikir dengan baik sebelum membuat keputusan untuk mengambil dos penggalak.

"Kalau tiada paksaan untuk mengambil dos penggalak, lebih baik semua tolak. Kerajaan terdahulu paksa sampai menyusahkan kita semua dengan cara zalim.

"Jadi 2023 ini fikirlah daripada kesilapan lalu wahai kawan-kawan sekalian," katanya.

Beliau berkongsi pandangan menerusi hantaran di Instagaram pada Rabu (4 Jan).

Beliau juga berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendengar 'kesengsaraan' rakyat dan mengambil tindakan bijak dalam mencari penyelesaian terbaik terhadap isu yang sedang berlaku ketika ini.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan