Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon M'sia Nad Zainal dan Ungku Ismail bergelar suami isteri

Pereka fesyen Seth & Luna berkongsi video sekitar majlis pernikahan pasangan pelakon Malaysia Nad Zainal dan Ungku Ismail sekaligus mengesahkan berita pernikahan yang tular menerusi perkongsian di laman Instagram mereka, hari ini (29 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon M'sia Nad Zainal dan Ungku Ismail bergelar suami isteri

(Gambar: Instagram/Nad Zainal)

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen Seth & Luna berkongsi video sekitar majlis pernikahan pasangan pelakon Malaysia Nad Zainal dan Ungku Ismail sekaligus mengesahkan berita pernikahan yang tular menerusi perkongsian di laman Instagram mereka, hari ini (29 Jan).

Menerusi hantaran video di laman instagram itu, mereka juga mengucapkan tahniah pada pasangan selebriti terbabit dan mendoakan semoga perkahwinan yang dibina itu berkekalan, seperti dinukil Harian Metro.

"Beliau (Nad) mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.

"Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Nad dan Ungku Ismail semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Kami sayang mu tau Bestie," tulisnya, seperti dinukil Harian Metro.

Dalam perkongsian itu, pereka fesyen terbabit juga mengakui persahabatan mereka dan Nad sudah terjalin selama tujuh tahun.

"Bermula sebagai 'client', Seth & Luna seterusnya diberi kepercayaan menyimpan rahsia terbesar yang juga penghormatan selama tujuh tahun kami bersahabat.

"Bermula dari jenama yang tidak begitu dikenali, beliau (Nad) sudah mula mempercayai hasil kerja kami baik dari busana majlis sehingga ke busana perayaan. Selepas lebih tujuh tahun, berbagai ujian dihadapi dengan berlinang air mata dan berkirim doa," tulisnya lagi, seperti dinukil Harian Metro.

Sebelum ini, berita pernikahan pasangan selebriti Nad dan Ungku Ismail mula tular apabila mereka memuat naik video teaser majlis terbabit yang didakwa berlangsung pada minggu lalu di lokasi yang dirahsiakan di laman instagram masing-masing.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan