Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon M'sia Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon M'sia Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin

(Gambar: @elliesuriaty_azryiskandar/Instagram)

Diterbitkan : 12 Jan 2022 03:07PM Dikemas Kini : 12 Jan 2022 03:11PM

KUALA LUMPUR: Mentaati perintah suami, pelakon Ellie Suriaty memaklumkan akhirnya akur dan dilaporkan sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 sejak November tahun lalu. 

Kata Ellie, yang merupakan isteri kepada pelakon Azri Iskandar itu, dia menuruti permintaan suami tercinta dan sudah mula bekerja baru-baru ini.

"Saya ambil vaksin sebab Azri Iskandar. Dia dah bagi saya masa hampir dua tahun untuk meluahkan apa yang patut diluahkan (tentang vaksin COVID-19).

"Azri cakap pada saya dia dah beri saya dua tahun dan sudah sampai waktunya untuk saya ‘to call it quits’ (berhenti).

"Azri suami saya dan dia dah bagi saya tempoh (buat pertimbangan vaksin). Itu bermakna dia menghormati saya punya pendirian.

"Dah sampai masa saya kena ikut cakap suami. Sejujurnya, memang berperanglah sekejap dalam diri cakap ‘taknak vaksin’ tapi dia suami saya dan saya sangat menghormatinya.

"Apapun yang berlaku kepada diri saya dan anak-anak, dia yang kena tanggunglah," katanya semasa sidang media pelancaran filem Telaga Suriram di The Majapahit Restaurant di Mont Kiara, Damansara pada Selasa (11 Jan). 

Ellie menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Sinovac pada Oktober dan disusuli dos kedua pada November lalu sebelum menerima tawaran bekerja di Sarawak.

Dalam pada itu, Ellie yang berusia 52 tahun itu menafikan dirinya merupakan golongan antivaksin seperti yang disifatkan segelintir pihak.

"Kalau saya antivaksin, dari dulu saya takkan cucuk apa-apa vaksin pun. Cuma, apa yang saya persoalkan tentang vaksin COVID-19 ini adalah tentang keberkesanannya kerana dibuat secara terburu-buru," tambahnya.

Sebelum ini, Ellie merupakan antara selebriti tempatan yang lantang menolak suntikan vaksin termasuk untuk kedua-dua anak mereka yang berusia 17 dan 12 tahun atas faktor keselamatan dan kesihatan. 

Pun begitu, dalam kelantangan menolak suntikan vaksin COVID-19, suami Ellie iaitu Azri akhirnya kecundang apabila dalam diam selesai menerima dua dos suntikan vaksin demi tuntutan pekerjaan sekitar September.

Pasangan selebriti berkenaan turut mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis pada 30 Ogos lalu untuk menolak suntikan vaksin bagi pelajar sekolah yang diwajibkan pihak kerajaan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa