Skip to main content

Hiburan

Pelakon meninggal dunia susuli 12 pembedahan kosmetik untuk kelihatan seperti Jimin BTS

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Pelakon popular Kanada, Saint Von Colucci meninggal dunia selepas menjalani 12 pembedahan kosmetik semata-mata untuk menyerupai bintang K-pop, Jimin dari BTS.

Demikian menurut laporan portal berita Daily Mail.

Colucci menghembuskan nafas terakhir pada Ahad (23 Apr) pada usia 22 tahun di sebuah hospital di Korea Selatan selepas mengalami komplikasi akibat pembedahan berkenaan yang dilaluinya beberapa bulan lalu.

Ejen publisiti Colucci, Eric Blake, memberitahu Daily Mail, artis itu mengalami jangkitan akibat pembedahan implan rahang pada November 2022 dan terpaksa menjalani pembedahan pada Sabtu malam (22 Apr) untuk mengeluarkannya.

Walaupun prosedur itu tidak berjaya, namun, Colucci tetap dimasukkan ke dalam tabung oksigen sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Menurut Blake, Colucci membelanjakan AS$220,000 (S$294,361) untuk 12 prosedur kosmetik selama setahun terakhir termasuk pembedahan rahang, hidung, wajah, mengecilkan bibir, menaikkan kening serta mata dan pembedahan kecil lain.

Mendiang Colucci juga menyedari risiko akibat pembedahan rahang tetapi masih meneruskan prosedur tersebut kerana beliau sangat "tidak yakin dengan penampilannya".

Colucci berada di Korea Selatan untuk membintangi drama Korea, Pretty Lies, menurut Daily Mail. 

Tambah Blake, syarikat produksi drama yang membawa pelakon itu ke sana membayar kos penginapan, pengangkutan dan kos sara hidupnya sepanjang menjalani penggambaran.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita