Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Maya Karin kena 'panic attack' semasa sampaikan anugerah di FFM32

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Maya Karin kena 'panic attack' semasa sampaikan anugerah di FFM32

(Gambar: Instagram/maya_karin)

KUALA LUMPUR : Pelakon terkenal, Maya Karin mendedahkan dia diserang 'panic attack' atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang disiarkan secara langsung di TV2 pada Jumaat (2 Dis) malam.

Situasi itu menyebabkan pelakon yang sinonim dengan lakonannya dalam filem seram 'Pontianak Harum Sundal Malam' itu hampir pitam dan menggigil ketika membacakan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada ketika itu.

Melalui catatan di akaun Instagramnya, Maya bagaimanapun berkata, rakan artis, Faizal Hussein yang pada ketika itu turut menjadi pasangan penyampai anugerah menyelamatkan dia daripada terjatuh di pentas, lapor agensi berita Astro Awani.
 
Ketika diserang panik itu, Maya sempat meminta maaf dan terpaksa memegang bahu Faizal untuk memastikan dia tidak terjatuh atau tersungkur.

Sambil dibantu Faizal, Maya juga membuka kasut tumit tingginya, spontan meneruskan malam anugerah dengan membaca skrip di kad pencalonan anugerah

Dia terpaksa 'berkaki ayam', namun berjaya membacakan skrip walaupun dalam keadaan menggigil.

"Hero saya semalam, sangat gentleman, siap kutip kasut saya yang tertinggal di pentas," ujarnya di Instagram, lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, Maya ketika dihubungi Astro Awani berkata, dia kini berada dalam keadaan baik, namun masih trauma dengan episod yang menimpanya.

"Keadaan saya semakin baik. Namun, saya masih trauma. Sudah tentu saya berharap ia tidak pernah berlaku," jelasnya.

Pada FFM32 itu, filem 'Spilt Gravy on Rice 'diangkat sebagai Filem Terbaik yang berlangsung meriah Jumaat malam bertempat di Encore Melaka.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan