Pelakon Malaysia Tony Eusoff kongsi pengalaman jalani hukuman penjara di SG
Pelakon Malaysia Tony Eusoff, 47 tahun, berkongsi pengalaman beliau semasa menjalani hukuman penjara di Singapura sebelum ini.
Anggaran Waktu Membaca:
![Pelakon Malaysia Tony Eusoff kongsi pengalaman jalani hukuman penjara di SG Pelakon Malaysia Tony Eusoff kongsi pengalaman jalani hukuman penjara di SG](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--rI9A0BPk--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2025/01/06/tony_eusoff.jpg?itok=foiSNpqW)
(Gambar: Instagram/tonyeusoff)
MALAYSIA: Pelakon Malaysia Tony Eusoff, 47 tahun, berkongsi pengalaman beliau semasa menjalani hukuman penjara di Singapura sebelum ini.
Artis kelahiran Sarawak itu membuka cerita semasa majlis pelancaran drama terbaharunya Din Tiger apabila beliau diminta memberi pandangan mengenai seorang pelawak Malaysia yang baru-baru ini dijatuhi hukuman penjara di Arab Saudi atas kesalahan dadah.

Pada 2016, Tony - yang nama penuhnya ialah Anthony Joseph Hermas Rajiman - dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di Singapura atas kesalahan dadah selepas ditangkap memiliki campuran kanabis di pusat pemeriksaan Tuas.
Pelakon itu dibebaskan selepas menjalani hukuman selama lima bulan dan 10 hari atas tingkah laku baik.
"Saya rasa takut dan bersalah terhadap ibu saya. Sebelum saya masuk penjara, ibu dan sepupu saya datang ke Singapura untuk jumpa saya," kata Tony.
Selepas Tony memeluk ibunya buat kali terkahir "pada waktu itu", ibu Tony menitiskan airmata.
"Bagi seorang anak, tiada yang lebih meruntun hati daripada melihat ibu kita menangis disebabkan apa yang kita lakukan," tambah beliau.
Oleh itu, Tony berusaha untuk "menjadi lebih dewasa".
"Pada waktu itu, saya sudah berusia 38, 39 - saya bukannya budak kecil. Dan saya masih melakukan perkara-perkara bodoh seperti (mengambil dadah)."
Tony mendedahkan bahawa insan-insan yang beliau sayangi pada mulanya menyangka beliau diperangkap.
"Saya juga harap ada orang yang boleh saya persalahkan tetapi tiada. Saya hanya boleh salahkan diri saya sendiri. Ia adalah hasil daripada kebodohan saya sendiri," ujar beliau.
Mengulas tentang pelawak Malaysia yang tidak disebut namanya itu, Tony menggesa orang ramai supaya "jangan terlalu cepat menghukum".
"Marilah kita tunggu semua fakta dikeluarkan sebelum membuat kesimpulan kita...kadangkala orang buat sesuatu perkara disebabkan keadaan tertentu."

Sumber : CNA/NK/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.