Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Lee Ji Han korban tragedi Itaewon, kata agensi

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Lee Ji Han korban tragedi Itaewon, kata agensi

Pelakon Lee Ji-han maut dalam insiden rempuhan di Itaewon. (Gambar: Mnet/Produce 101)

SEOUL: Pelakon dan bekas peserta program realiti, "Produce 101" musim kedua, Lee Ji Han, 24 tahun, disahkan antara korban tragedi Halloween di Itaewon, Seoul, Korea Selatan, pada Sabtu (29 Okt).

Agensinya, 935 Entertainment mengesahkan kematian pelakon drama web, Today Was Another Nam Hyun Day itu dalam satu kenyataan, seperti dilaporkan laman web hiburan Soompi pada Sabtu

"Benar, Ji Han meninggal dunia dalam tragedi Halloween di Itaewon pada 29 Oktober lalu.

"Kami mulanya berharap perkara ini tidak benar dan sangat terkejut mendapat berita ini. Keluarganya sedang amat sedih sekarang," kata wakil agensi tersebut.

Berita kematian Lee Ji Han mula tersebar apabila beberapa rakan dari program Produce 101 musim kedua, iaitu Park Hee Seok, Kim Do Hyun dan Cho Jin Hyung berkongsi kesedihan dalam Instagram.

"Ji Han meninggal dunia dan pergi ke tempat yang lebih selesa. Kami mohon anda mengucapkan selamat jalan buat kali terakhir untuknya," tulis mereka.

Lee Ji Han dilaporkan baru sahaja selesai penggambaran drama percintaan fantasi yang belum diumumkan tajuk terbitan MBC, bulan lalu.

Upacara penghormatannya dilaporkan akan diadakan di Hospital Myeongji manakala majlis pengebumian akan berlangsung esok.

Lee Ji Han mula menjadi perhatian sebagai peserta program Produce 101 musim kedua pada 2017. Beliau membuat penampilan pertama sebagai pelakon dalam drama web, Today Was Another Nam Hyun Day pada 2019.

Dalam tragedi Sabtu malam itu, sekurang-kurangnya 154 orang terbunuh, manakala ramai lagi selepas sekumpulan besar anak muda yang menyambut pesta Halloween terperangkap dan tersepit di lorong sempit.
Sumber : Agensi berita/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan