Pelakon Korea Selatan Song Joong-ki sah berkahwin dengan wanita Britain
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Viu, IMDB)
SEOUL: Pelakon Korea Selatan Song Joong-ki mengumumkan perkahwinannya dengan seorang wanita Britain pada Isnin (Jan 30).
Dalam satu kenyataan di 'fan cafe', Song mengumumkan mereka sudah berkahwin dan isterinya hamil anak sulung.
"Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda berita gembira"
"Saya berjanji untuk habiskan sisa hidup saya dengan Katy Louise Saunders, seseorang yang menyokong saya" kata bintang berusia 37 tahun itu.
Dalam kenyataan yang sama, Song memberitahu mereka berkahwin pada hari Isnin dan dalam perjalanan pulang dari mendaftarkan perkahwinan mereka.
Disember lalu, agensi Song mengesahkan beliau sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita Britain. Tetapi identiti wanita itu tidak didedahkan. Song dan Saunders dilaporkan bertemu melalui seorang rakan tahun lalu.
Song pernah berkahwin dengan pelakon Song Hye Kyo pada 2017; mereka berkenalan sewaktu membintangi drama bersiri Descendants of the Sun, tetapi bercerai pada tahun 2019.

Sumber : AGENCIES/FQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.