Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Korea Selatan Na Chul meninggal dunia pada usia 36 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Korea Selatan Na Chul meninggal dunia pada usia 36 tahun

Pelakon Na Chul pernah membintangi drama bersiri terkenal seperti 'Vincenzo', 'Happiness, Through The Darkness' dan 'Weak Hero Class 1'. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 22 Jan 2023 06:46PM Dikemas Kini : 22 Jan 2023 06:47PM
SEOUL: Dunia seni Korea Selatan dikejutkan dengan kematian salah seorang bintang terkenal negara itu, Na Chul.

Na Chul dilaporkan meninggal dunia pada Ahad (22 Jan) pada usia yang masih muda, 36 tahun.

Na Chul dikatakan mengalami masalah kesihatan yang buruk sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, lapor Astro Gempak.

Sejumlah media tempatan melaporkan pelakon yang terlibat dalam naskhah besar seperti 'Vincenzo', 'Happiness, Through The Darkness' dan 'Weak Hero Class 1' itu akan disemadikan pada 23 Januari 2023.

Pelakon yang juga muncul dalam episod 2 'Hospital Playlist 2' sebagai Kim U Jae itu pertama kali membuat penampilan pada tahun 2010 menerusi pentas teater.

Setakat ini, jasad Na Chul disemadikan di sebuah ruang pemakaman di Universiti Soonchunhyang.

Menurut laporan agensi berita Astro Gempak, pihak keluarga mendiang belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, meskipun khabar kematiannya sudah tersebar.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan