Pelakon Jalil Hamid alami masalah jantung
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Sumber
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Malaysia, Jalil Hamid dilaporkan mengalami masalah jantung dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, pada Selasa (7 Mac).
Menurut beliau, antara tanda awal dialami adalah gangguan pernafasan yang terjadi sejak dahulu. Encik Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid, 66 tahun, berkata beliau bagaimanapun, sudah dibenarkan pulang ke rumah.
"Pada awalnya, saya rasa sesak nafas dan pergi mendapatkan rawatan di hospital. Kemudiannya, doktor memaklumkan saya ada masalah berkaitan jantung.
"Bagaimanapun, saya dibenarkan pulang ke rumah, semalam selepas menerima rawatan di hospital," katanya seperti dilaporkan BH Online pada Rabu (8 Mac).
Pelakon filem Bisik Pada Langit itu berkata, buat masa ini, beliau hanya menunggu keputusan dan panggilan daripada hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
"Doktor ada menjalankan ujian darah dan akan memaklumkan kepada saya tarikh hadir semula ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Buat masa ini, saya berada di rumah dan tahap oksigen juga perlu dipantau," lapor BH Online.
Dalam masa sama, Encik Jalil menjelaskan, beliau memilih untuk menolak berada di wad hospital kerana mahu memberi ruang kepada pesakit lain yang lebih memerlukan.
"Sebenarnya, saya masih perlu dirawat di hospital. Tetapi, saya rasa kasihan melihat pesakit lebih teruk, saya minta untuk pulang dan berehat di rumah sahaja.
"Saya lihat ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil dan ada yang perlu menunggu lama. Ada juga saya lihat berbaring di laluan hospital. Jadi, saya beritahu pihak hospital saya mahu pulang," katanya Jalil lagi.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.