Skip to main content

Hiburan

Pelakon Hollywood Jared Leto nafikan dakwaan serangan seksual dalam dokumentari BBC

Pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat, Jared Leto, pada Rabu (29 Jul) menafikan dakwaan serangan seksual dan gangguan seksual yang dibuat terhadapnya oleh 10 wanita dalam sebuah dokumentari baharu terbitan BBC.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Hollywood Jared Leto nafikan dakwaan serangan seksual dalam dokumentari BBC

Pelakon Jared Leto menghadiri tayangan perdana Tron: Ares di Los Angeles pada 6 Oktober 2025. (Gambar: AP/Chris Pizzello)

Diterbitkan : 30 Jul 2026 03:11PM
LOS ANGELES: Pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat, Jared Leto, pada Rabu (29 Jul) menafikan dakwaan serangan seksual dan gangguan seksual yang dibuat terhadapnya oleh 10 wanita dalam sebuah dokumentari baharu terbitan BBC.

Menurut dokumentari bertajuk Jared Leto: Hollywood's Dark Secret, wanita-wanita itu mendakwa menjadi mangsa Leto antara 2002 hingga 2016.

Dua daripada mereka mendakwa diserang secara seksual ketika berusia 17 tahun.

Seorang lagi wanita mendakwa pelakon berusia 54 tahun itu mengugut untuk menyerangnya secara seksual ketika beliau berusia 19 tahun.

Seorang wanita lain pula berkata beliau menerima beberapa panggilan telefon berunsur lucah daripada Leto ketika berusia 16 tahun dan didakwa dipelawa mengadakan hubungan seks.

Empat lagi wanita mendakwa mengalami gangguan seksual menerusi panggilan telefon daripada vokalis kumpulan rock "Thirty Seconds to Mars" itu.

Dalam satu kenyataan, Leto menafikan semua dakwaan tersebut.

"Saya tidak pernah melakukan serangan seksual terhadap sesiapa sepanjang hidup saya. Dakwaan ini sama sekali tidak benar," katanya.

Sembilan daripada 10 wanita berkenaan tampil bersuara buat kali pertama menerusi dokumentari BBC tersebut.

Leto, yang memenangi Anugerah Oscar bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Dallas Buyers Club pada 2014, sebelum ini turut berdepan dakwaan serupa.

Pada 2025, beberapa wanita lain turut menuduhnya melakukan serangan seksual dalam satu siasatan oleh majalah digital Amerika Syarikat, Air Mail.

Ketika itu, Leto turut menafikan sebarang perlakuan yang tidak wajar.
Sumber : AFP/FD/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita