Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon 'Goodfellas' Paul Sorvino meninggal dunia akibat sakit tua

Paul Sorvino paling dikenali bagi wataknya sebagai Paul Cicero dalam filem "Goodfellas", yang diarah Martin Scorsese dan diterbitkan pada 1990, di samping Robert De Niro, Joe Pesci da Ray Liotta.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon 'Goodfellas' Paul Sorvino meninggal dunia akibat sakit tua

Paul Sorvino pada 2010. (Gambar: VALERIE MACON/AFP melalui Getty Images)

Diterbitkan : 26 Jul 2022 11:29AM Dikemas Kini : 26 Jul 2022 11:29AM

WASHINGTON: Pelakon Amerika Syarikat (AS) Paul Sarvino, yang terkenal dengan wataknya dalam filem "Goodfellas" dan bapa kepada pelakon Mira Sorvino, meninggal dunia pada usia 83 tahun, menurut keluarga mendiang pada Isnin (25 Jul).

"Hati saya benar-benar hancur. Cinta hati saya dan lelaki yang sangat hebat yang pernah hidup kini sudah pergi," tulis balunya Dee Sorvino di Facebook.
Dilahirkan di New York pada April 193 , Paul Sorvino paling dikenali bagi wataknya sebagai Paul Cicero dalam filem "Goodfellas", yang diarah Martin Scorsese dan diterbitkan pada 1990, di samping Robert De Niro, Joe Pesci da Ray Liotta.

Tahun seterusnya, beliau mencipta nama menerusi siri televisyen "Law and Order" di mana beliau memainkan watak anggota polis. Pada 1995, beliau memegang watak Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Henry Kissinger dalam filem "Nixon",rahan Oliver Stone.

"Bapa saya, Paul Sorvino sudah meninggal dunia," kata anak perempuannya Mira Sorvino, yang memenangi anugerah Oscar pada 1996 bagi wataknya dalam filem "Mighty Aphrodite".

"Banyak orang fikir saya sama ada seorang samseng atau anggota polis, tetapi hakikatnnya saya seorang pembina acra, pelukis, penulis buku, banyak perkara - penyair, penyanyi opera, tetapi bukan samseng, tetapi anda tahulah, saya jelas mempunyai minat dalam menghidupkan watak sebegini," kata mendiang dalam satu wawancara pada 2014.

Sumber : AFP/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa