Skip to main content

Hiburan

Pelakon Friends Matthew Perry meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Friends Matthew Perry meninggal dunia

Bintang siri komedi 'Friends' Matthew Perry meninggal dunia pada usia 54 tahun. (Gambar: AFP)

CALIFORNIA: Salah seorang bintang siri komedi 'Friends', Matthew Perry, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Menurut laporan TMZ, pihak berkuasa memaklumkan pelakon itu ditemui lemas di dalam jakuzi di rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Polis tidak menemui dadah atau sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.

Perry paling dikenali melalui watak Chandler Bing dalam siri televisyen era 1990-an itu yang bersiaran selama 10 musim.

Beliau muncul dalam kesemua 234 episod Friends.

Selain Friends, Perry pernah muncul dalam beberapa siri televisyen lain seperti 'Boys Will Be Boys', 'Growing Pains', 'Silver Spoons', 'Charles in Charge', 'Sydney', 'Beverly Hills, 90210', 'Ally McBeal' dan banyak lagi.
Sumber : AGENCIES/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita