Pelakon Fizo Omar bakal timang cahaya mata pertama bersama Fazeera
Gambar: Fazeera Nazri/Instagram
KUALA LUMPUR: Isteri pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri menamatkan spekulasi apabila mengesahkan dirinya kini berbadan dua, lapor BH Online.
Sejak mula diperkatakan ramai sejak Januari lalu, Fazeera membuat pendedahan itu melalui laman media sosial, Instagram dan TikTok selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon tersebut.
Menerusi perkongsian video di laman media sosial, Fazeera dilihat memberikan kejutan alat ujian kehamilan bertanda dua atau membawa maksud positif kepada Fizo, seperti dinukil BH Online.
"Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar buat suami apabila saya memberitahu saya hamil.
"Alhamdulillah, hadiah paling bermakna buat kami. Doakan segala-galanya berjalan lancar," tulisnya dalam Instagram beliau.
Rakaman video berdurasi 50 saat itu turut memperlihatkan wajah Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar kelihatan terkejut mendengar pengakuan isterinya.
Fizo yang sedang berehat sambil berbaring di katil memberikan reaksi seperti tidak percaya, namun, tersenyum gembira.
"Maksudnya awak hamil? Serius? Saya cintakan awak.
Kegembiraan bakal menyambut orang baru turut dikongsi Fizo dalam laman IG.
"Alhamdulillah. Syukur, Cik Yam nak dapat adik. Muka abang Joe terkejut, terkedu, campur 'super excited.
"Iyalah, baru lebih sebulan kahwin tiba-tiba isteri tunjuk ujian kehamilan dan cakap positif'. Positif apa ni sayang? Alhamdulillah, rezeki 2022 datang satu persatu dengan izin Allah.
"Semoga Allah pelihara bayi dalam kandungan, dilahirkan menjadi anak soleh dan solehah yang akan bawa daddy dan ummi ke syurga," tulisnya.
Menerusi hantaran berasingan, Fazeera turut memuat naik foto 'baby bump' yang kelihatan semakin membesar, namun tidak menyatakan usia kandungan, lapor BH Online.
Namun, rata-rata peminat meneka Fazeera bunting pelamin dan baru memasuki trimester kedua.
Fizo mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari itu pada 21 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada 2013, namun, bercerai pada Julai 2019.
Mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam Wan Hafizol yang kini berusia lima tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.