Pelakon Fauziah Nawi dikurnia gelaran 'Datuk'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa (4 Jul) mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Izham Ismail dan pelakon veteran Fauziah Nawi.
Dua tokoh itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.
Pada istiadat pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah turut mengurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Nazim Mohd Alim.
Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 58 individu, Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) kepada 15 individu dan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 75 individu.
Pada istiadat pengurniaan pada Selasa, Al-Sultan Abdullah juga mengurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 72 individu dan Pingat Bentara Setia Diraja (BSD) kepada 43 individu.
Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Pertahanan Mohamad Hasan dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.