Pelakon drama Snowdrop meninggal dunia akibat jatuh tangga
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/Jennie Vidz
SEOUL: Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, 29 tahun, atau nama sebenarnya Park Young In meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh tangga pada Ahad (11 Jun).
Menurut ahli keluarganya, Soo Ryun terjatuh ketika pulang ke rumah selepas bekerja, menyebabkannya koma.
Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak ketika mendapat rawatan di hospital, lapor Allkpop.
Berdasarkan laporan media Korea Selatan, ibunya memaklumkan bahawa jantungnya masih berfungsi, namun otaknya gagal berfungsi.
Berdasarkan laporan terbaru, keluarganya bersetuju untuk mendermakan organ Ryun kepada mereka yang memerlukan.
Sebelum kejadian itu, Soo Ryun sepatutnya ke Pulau Jeju untuk membintangi drama muzikal terbarunya.
Ryun juga cukup dikenali sebagai penyanyi dalam industri muzik K-pop dan turut membintangi beberapa drama antaranya Siddhartha, Finding Mr Destiny dan The Days We Loved.
Paling meninggalkan kesan adalah lakonannya dalam Snowdrop pada 2021 bersama-sama anggota kumpulan Korea Selatan Blackpink, Jisoo dan Jung Hae In.
Acara penghormatan terakhir Soo Ryun diadakan di Hospital Suwon, Gyeonggi Provincial Medical Centre, manakala upacara pengebumian pula pada Selasa (13 Jun).

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.