Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon didenda RM17,000 curi mata wang kripto penerbit filem

Pelakon filem Abang Long Fadil 2, Mas Khan didenda RM17,000 (S$5,550) atau penjara 26 bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini (8 Jul) bagi kesalahan mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 (S$69,800) milik penerbit filem A.Aida.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon didenda RM17,000 curi mata wang kripto penerbit filem

(Gambar hiasan: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 08 Jul 2020 05:33PM Dikemas Kini : 08 Jul 2020 05:40PM

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Abang Long Fadil 2, Mas Khan didenda RM17,000 (S$5,550) atau penjara 26 bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini (8 Jul) bagi kesalahan mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 (S$69,800) milik penerbit filem A.Aida.

Majistret Farah Nasihah Annuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mas Khan, 26, atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kali ketiga kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, pelakon itu didenda RM7,000 (S$2,300) atau penjara 12 bulan manakala denda RM10,000 (S$3,300) atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto milik Zaidah Awang, 50, atau dikenali sebagai A.Aida tanpa izin bernilai RM59,804.15 (S$20,000) dan RM154,000.85 (S$50,000) di Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini, pada 5 pagi 7 Mac tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, pelakon itu yang diwakili peguam Surya Putra Mohamad Taufan memohon denda minimum atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga selain telah memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa sejak awal siasatan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira keseriusan kes yang dilakukan dan jumlah kerugian dialami mangsa adalah tinggi iaitu lebih RM200,000 (S$65,000).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan