Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon cilik filem animasi Upin & Ipin sering muntah darah dan pengsan, kini beransur pulih

Pelakon cilik filem animasi Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!, Puteri Balqis, menerima rawatan selepas sering muntah darah dan pengsan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon cilik filem animasi Upin & Ipin sering muntah darah dan pengsan, kini beransur pulih

(Gambar: @rockingbalqis/ Instagram)

Diterbitkan : 13 May 2018 01:19PM Dikemas Kini : 13 May 2018 01:31PM

MALAYSIA: Pelakon cilik filem animasi Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!, Puteri Balqis, menerima rawatan selepas sering muntah darah dan pengsan.

Menurut Astro Awani, berita tersebut disampaikan menerusi sebuah entri yang dimuat naik ke laman Instagram Balqis, @rockingbalqis dan dipercayai dikemas kini oleh ibunya.

"Alhamdulillah sakit Aqish semakin kurang. I'm still waiting for her next treatment (Saya masih menunggu untuk rawatannya yang selanjutnya).

"Terima kasih buat semua fans yang tak henti-henti DM dan WhatsApp untuk bertanya khabar Aqish.

"Buat sesiapa yang anak mereka mengalami sakit jantung/ lemah jantung atau barah, beli macam-macam supplement tapi tak membantu, boleh cuba parsley (parsli) atau basil tea (teh selasih).

"Sebelum ni, Aqish asyik muntah darah dan pengsan. I almost lost her (Saya hampir kehilangannya). Macam-macam supplement yang Aqish cuba tapi tak membantu.

"Selepas Aqish minum basil tea dan kunyah daun basil tu setiap pagi dan malam, sakit Aqish beransur pulih. Doakan yang terbaik buat Puteri. Love you guys. Thank you," tulisnya seperti ditukil Astro Awani.

Ruangan komen bagi entri tersebut, bagaimanapun, sudah ditutup.

Balqis yang kini berusia 11 tahun mula menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usianya 2 tahun, lapor Astro Awani.

Seorang pelakon berbakat, Balqis pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 dan trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 menerusi lakonannya dalam telefilem berjudul Balqis. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan