Pelakon Cico Harahap hilang pendapatan sejak dilanda masalah kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: salimey_official/Instagram
KUALA LUMPUR: "Cico beritahu dia tiada sumber pendapatan sejak berdepan masalah kesihatan. Tiada siapa mahu mengambilnya berlakon kerana ada masalah percakapan."
Itu penjelasan dibuat penyanyi, Salimey Abu Bakar mengenai perkembangan terkini pelakon Cico Harahap yang juga anak penyanyi veteran, Uji Rashid yang kini diuji masalah kesihatan.
Salimey yang juga rakan baik kepada pelakon lelaki itu berkongsi luahan berkenaan ketika melawatnya di Hospital Ampang baru-baru ini, dipetik agensi berita BH Online.
Tambahnya, Cico yang dirawat di hospital kerana menghidap masalah jantung hingga kakinya bengkak sudah dibenarkan pulang ke rumahnya sejak 1 Syawal lalu.
"Secara kebetulan, saya melawat keluarga mentua yang sakit di hospital sehari sebelum Raya dan bertemu Cico yang turut dirawat di situ.
"Sepanjang yang saya tahu, Cico sudah lama sakit jantung dan dia dimasukkan ke hospital itu kerana kakinya bengkak.
"Cico beritahu, doktor benarkan dia pulang ke rumah di Ampang pada keesokan harinya (Rabu) untuk beraya bersama anaknya (1 Syawal)," katanya kepada Harian Metro.
Mengulas perkembangan Cico lagi, kata Salimey, anak artis veteran Uji Rashid itu meluahkan perasaan sedih kerana tiada persatuan artis membantunya ketika ini.
Tambah Salimey lagi, dia juga merancang menolong Cico mendapatkan bantuan daripada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat ini.
"Pejabat Perdana Menteri memang ada slot untuk membantu artis atau seniman yang memerlukan bantuan.
"Saya juga pernah membantu menguruskan Ali XPDC mendapat bantuan dari Perdana Menteri menerusi Setiausaha Sulitnya, Ahmad Farhan Fauzi, sebelum ini.
"Bagaimanapun, saya perlu periksa dahulu keadaan kesihatan Cico terlebih dahulu sama ada dia benar-benar layak untuk mendapat bantuan, sumbangan zakat dan sebagainya," katanya, lapor BH Online.
Salimey berkongsi keadaan Cico yang dirawat di hospital menerusi catatan di Instagram baru-baru ini.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.