Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Bollywood Akshay Kumar dijangkiti COVID-19

Pelakon Bollywood Akshay Kumar berkata pada Ahad (4 Apr) bahawa beliau diuji positif bagi COVID-19, menjadikannya pelakon terkini dari India dijangkiti virus itu sedang seluruh negara itu berusaha membendung gelombang jangkitan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Bollywood Akshay Kumar dijangkiti COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Apr 2021 10:32AM Dikemas Kini : 05 Apr 2021 10:34AM

NEW DELHI: Pelakon Bollywood Akshay Kumar berkata pada Ahad (4 Apr) bahawa beliau diuji positif bagi COVID-19, menjadikannya pelakon terkini dari India dijangkiti virus itu sedang seluruh negara itu berusaha membendung gelombang jangkitan baru.

India melaporkan 93,249 kes baru pada Ahad (4 Apr), menurut data oleh kementerian kesihatan, iaitu kenaikan tertinggi sejak September, menjadikan keseluruhan kes di India hampir 12.5 juta.

"Saya ingin memaklumkan kepada semua orang, awal pagi tadi, saya diuji positif bagi COVID-19," kata pelakon berusia 53 tahun itu dalam satu catatan Twitter.

Kumar berkata pada tahun lalu, beliau minum air kencing lembu setiap hari demi kesihatan - amalan sebahagian penganut Hindu yang dipercayai mempunyai manfaat perubatan, termasuk terhadap koronavirus.

Beliau menulis dalam catatan Twitter bahawa beliau kini sedang menjalani kuarantin di rumah dan sedang "mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya".

Jumlah kes harian COVID-19 di India yang didiami seramai 1.3 bilion penduduk meningkat sejak awal Februari apabila ia merosot ke bawah 9,000 setelah mencapai puncak hampir 100,000 pada September lalu.

Para pakar memberi amaran jumlah kes jangkitan sedang meningkat pada kadar lebih pantas di India, yang mempunyai jumlah kes ketiga tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil, berbanding dengan tahun lalu.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan