Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon AS Bob Saget ditemui mati di bilik hotel

Pelawak Amerika Syarikat, Bob Saget yang menghiburkan berjuta-juta penonton menerusi rancangan televisyen "Full House" pada tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Florida, kata syerif tempatan pada Ahad (9 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon AS Bob Saget ditemui mati di bilik hotel

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Jan 2022 10:24AM Dikemas Kini : 10 Jan 2022 10:42AM

MIAMI: Pelakon komedi Amerika Syarikat, Bob Saget yang menghiburkan berjuta-juta penonton menerusi rancangan televisyen "Full House" pada tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Florida, kata syerif tempatan pada Ahad (9 Jan).

"Awal hari ini, pegawai dikerahkan ke hotel Ritz-Carlton Orlando, Grande Lakes berhubung seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di sebuah bilik hotel.

"Lelaki itu dikenal pasti sebagai Robert Saget dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Para detektif tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat atau pengambilan dadah dalam kes ini," menurut catatan Twitter oleh pejabat Syerif Orange County.

Sumber : AFP/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa