Skip to main content

Hiburan

Pelakon Beto Kusyairy, Johan Asari rasa nikmat hujan di Makkah

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Lafaz mengucap Alhamdulillah tidak henti keluar daripada mulut pelakon Beto Kusyairy dan Johan Asari apabila berpeluang merasakan hujan lebat di Makkah baru-baru ini.

Demikian lapor Astro Gempak pada Sabtu (31 Dis).

Beto dan Johan yang berada di Tanah Haram bagi mengerjakan ibadah umrah sejak seminggu lalu meluahkan rasa syukur selain berkata nikmat tersebut merupakan perkara yang memang diingini.

"Di malam Jumaat seusai Sa'i ketika nak bertahallul, Tuhan turunkan lagi rahmat buat kami yang memang berkeinginan nak merasai huja di Haram," tulis Beto dalam satu catatan di Instagram.

Meninjau ke ruang komen, ramai rakan selebriti dan warganet turut menumpang gembira serta melahirkan rasa syukur melihat kebesaran Tuhan itu.

"Alhamdulillah, saya pula menitis air mata," komen penyanyi Liza Hanim.

"Bertuahnya dapat rasa nikmat itu," tulis seorang warganet.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita