Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon baru Iman Vellani dipilih lakonkan watak adiwira Muslim 'Ms. Marvel'

Pelakon baru Iman Vellani dipilih untuk memainkan watak Ms. Marvel atau juga dikenali sebagai Kamala Khan, seorang warga Amerika berketurunan Pakistan. Majalah Variety mengesahkan berita tersebut dengan sumber rapat kepada projek itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon baru Iman Vellani dipilih lakonkan watak adiwira Muslim 'Ms. Marvel'

Watak komik 'Ms Marvel' (kiri) bakal dijayakan Iman Vellani (Gambar: Marvel Comics, Instagram/Iman Vellani)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 12:44PM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 12:46PM

LOS ANGELES: Siri baru "Ms. Marvel" oleh Disney Plus sudah memilih pelakon untuk menjayakan watak utamanya.

Pelakon baru Iman Vellani dipilih untuk memainkan watak Ms. Marvel atau juga dikenali sebagai Kamala Khan, seorang warga Amerika berketurunan Pakistan. Majalah Variety mengesahkan berita tersebut dengan sumber rapat kepada projek itu.

Watak yang akan beliau lakonkan ialah seorang remaja Muslim 16 tahun yang tinggal di Jersey City, New Jersey, dan mengagumi adiwira-adiwira seperti Captain Marvel. Menurut Marvel, beliau "boleh mengatasi batas kemampuan manusia untuk mengubah bentuk dan ukuran [dan] menggunakan sikap idealistik di samping sebarang kuasa untuk menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik."

Disney Plus dan Marvel enggan mengulas mengenai pemilihan pelakon itu.

Berita tentang pemilihan Vellani timbul kurang dua minggu selepas siri itu mengesahkan barisan pengarahnya. "Ms. Marvel" menggunakan khidmat pengarah "Bad Boys for Life" Adil El Arbi dan Bilall Fallah, serta pemenang Oscar Sharmeen Obaid-Chinoy dan Meera Menon untuk menerajui beberapa episod. Watak "Ms. Marvel" pertama kali muncul dalam siri komik pada 2012, dan siri rancangan ini akan dipimpin oleh penulis Bisha K. Ali.

"Ms. Marvel" adalah salah satu daripada beberapa siri Marvel dalam pelbagai peringkat pengembangan dan penerbitan di Disney Plus. Baru minggu lalu, Variety secara eksklusif melaporkan bahawa Samuel L. Jackson akan sekali lagi memegang watak ikonik Nick Fury untuk satu siri baru.

Dalam jangka masa lebih dekat lagi adalah "WandaVision", yang dijadualkan untuk dikeluarkan tahun ini di wadah penstriman itu, dengan "The Falcon and Winter Soldier" dan "Loki" dijadualkan pada 2021.

Baru-baru ini juga Tatiana Maslany dilaporkan akan membintangi siri "She-Hulk". Rancangan Marvel yang lain di Disney Plus termasuk "Hawkeye", dan "Moon Knight".

Laman Deadline adalah yang pertama melaporkan berita pemilihan pelakon itu.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan