Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Azhan Rani ditimpa kemalangan

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Azhan Rani ditimpa kemalangan

Gambar: FB Azhan Rani

Diterbitkan : 19 Jan 2022 10:40AM Dikemas Kini : 19 Jan 2022 10:41AM

KUALA LUMPUR: Pelakon Azhan Rani terlibat dalam kemalangan motosikal pada Isnin (17 Jan).

Ini disahkan oleh seorang lagi pelakon yang juga rakan baik Azhan Rani, iaitu Beto Kusyairy.

Menerusi catatan di Instagram, Beto memaklumkan keadaan Azhan kini stabil namun masih dalam jagaan pakar.

"Amanah dari sahabatku Azhan Rani, dukacita ingin menyampaikan pada semua yang beliau telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengah hari semalam (Isnin).

"Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar.

"Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, beliau mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan atau text untuk sementara waktu ni," menurut Beto, seperti yang dilaporkan Astro GEMPAK.

"Namun beliau tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya.

"Sama-sama kita doakan beliau agar segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala," ujarnya.

Tambah Beto, Azhan mahu memastikan keadaan dirinya betul-betul sudah stabil sebelum menjawab sebarang pertanyaan, lapor Astro GEMPAK lagi.

"Tidak dapat dipastikan apakah jenis rawatan yang dia akan lalui pada pagi ini, sehingga sekarang dia masih dalam pemantauan.

"Justeru, dia mahu memastikan keadaan dirinya stabil dan merancang untuk langkah seterusnya selepas ini," ujarnya.

Kali terakhir Azhan mengemas kini akaun media sosialnya sekitar dua hari lalu dan selepas dimaklumkan keadaannya, hantaran terakhir di Instagram mula dihujani dengan komen dan doa dari peminat, lapor Astro GEMPAK.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan