Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia
Pelakon terkenal dari Malaysia, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Ashraf Sinclair. (Gambar: ashrafsinclair/Instagram)
JAKARTA: Pelakon terkenal dari Malaysia, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Menurut laporan KompasTV, kematian Ashraf, 40, disahkan pengurus isterinya, penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.
"Iya (benar meninggal). Serangan jantung," katanya.
Jenazah Ashraf masih berada di Rumah Sakit MMC Kuningan, lapor Astro Awani.
Menyusuli berita itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya, Bunga Citra Lestari dibanjiri oleh komen-komen ucapan takziah.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.
Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008. Dari pernikahan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Noah Sinclair.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.