Pelakon 'Anak Mami' Cico Harahap meninggal dunia pada usia 48 tahun
Pelakon Cico Harahap meninggal dunia pada usia 48 tahun. (Gambar: Facebook/FINAS Malaysia)
- Actor Cico Harahap, the son of veteran singer Uji Rashid, died aged 48 at Ampang Hospital on Sunday, Nov 8, at about 11am.
- He complained of shortness of breath to his mother before being taken to hospital the previous week and admitted to the intensive care unit; the cause of death was not stated.
- According to Sandakiah Azez, president of PKAVM, his body was expected to be washed and shrouded at Surau Bukit Mulia in Bukit Antarabangsa before being buried at Ukay Perdana Muslim Cemetery.
- Cico began acting in 1993 in the film “Kekasih Awal dan Akhir”. He was known for “Puteri Impian” and the films “Anak Mami” and “Operation Mekong”, continuing his family’s interest in the arts.
- Pelakon Cico Harahap, anak penyanyi veteran Uji Rashid, meninggal dunia pada usia 48 tahun di Hospital Ampang, Ahad, 8 November, sekitar 11 pagi.
- Beliau mengadu sesak nafas kepada ibunya sebelum dibawa ke hospital pada minggu sebelumnya dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi; punca kematian tidak dinyatakan.
- Menurut Sandakiah Azez, Presiden PKAVM, jenazah dijangka dimandi dan dikafan di Surau Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
- Memulakan lakonan pada 1993 menerusi filem “Kekasih Awal dan Akhir”, Cico dikenali melalui “Puteri Impian” serta filem “Anak Mami” dan “Operation Mekong”, meneruskan minat seni keluarganya.
KUALA LUMPUR: Pelakon Cico Harahap, yang juga anak kepada penyanyi veteran Uji Rashid, meninggal dunia di Hospital Ampang pada usia 48 tahun pada Ahad (8 Nov).
Cico, atau nama penuhnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11.00 pagi selepas dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas minggu lalu.
Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez, berkata Cico sebelum itu mengadu mengalami sesak nafas kepada ibunya sebelum dibawa ke Hospital Ampang pada Ahad lalu.
Menurutnya, Cico kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Saya difahamkan oleh Kak Uji sebelum ini Cico memang sakit-sakit.
“Pada hari kejadian, Cico dibawa ke hospital dan kami dimaklumkan dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi,” katanya, seperti dipetik Astro Awani.
Jenazah Almarhum dijangka dibawa ke Surau Bukit Mulia di Bukit Antarabangsa untuk dimandi dan dikafan selepas urusan di hospital selesai.
Almarhum kemudian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
Cico mula berkecimpung dalam bidang lakonan sekitar 1993 menerusi filem 'Kekasih Awal dan Akhir'.
Namanya kemudian semakin dikenali menerusi drama bersiri 'Puteri Impian' pada penghujung 1990-an.
Sepanjang kerjayanya, Cico turut membintangi beberapa filem tempatan, termasuk 'Anak Mami' dan 'Anak Mami Telah Kembali'.
Beliau juga terlibat dalam beberapa produksi lain, termasuk filem 'Operation Mekong' pada 2016.
Sebagai anak kepada penyanyi legenda Uji Rashid, Cico turut dikenali sebagai antara anak seni yang meneruskan minat keluarganya dalam industri hiburan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.